MyGovEA merujuk kepada rangka kerja Enterprise Architecture Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Digital Negara. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan integrasi di dalam perkhidmatan awam melalui penggunaan ICT (Information and Communication Technology). Transformasi Kerajaan Digital melalui MyGovEA yang dibangunkan bermula pada 2015 dijangka dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam selaras dengan strategi maklumat digital.