Enterprise Architecture adalah rangka kerja komprehensif yang membimbing proses kerja, sistem maklumat, infrastruktur teknologi dan sumber manusia melalui proses perubahan teknologi yang diperlukan untuk melaksanakan strategi, misi dan visi sesebuah organisasi. Secara amnya, Enterprise Architecture dibangunkan untuk membantu organisasi menggunakan teknologi untuk mencapai sasaran strategi di samping menguruskan perubahan mahupun keperluan yang kompleks.