telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan

Pengenalan

Pendahuluan

Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK), Kementerian Dalam Negeri diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil K167 Tahun 2017 bertarikh 22 Disember 2017 dan Waran Perjawatan Bil K15 Tahun 2019 bertarikh 10 Januari 2019 dan kemudiannya dijenamakan semula kepada Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan (PJK) pada 1 Ogos 2023. Bahagian ini bertanggungjawab sebagai sekretariat penyelaras kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik dengan perkenan SPB Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015.

 

Latar Belakang

Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada 14 Oktober 2014 telah memutuskan supaya Kertas Putih disediakan bagi menerangkan kepada rakyat akan bahaya ancaman kegiatan kumpulan militan Islamic State (IS) melibatkan rakyat Malaysia, dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Keputusan dicapai ke arah penggubalan satu undang-undang khusus menangani keganasan dan seterusnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April 2015 dan Dewan Negara pada 23 April 2015. 

Penggubalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang bersifat undang-undang pencegahan adalah sebagai langkah proaktif Kerajaan kepada undang-undang punitif yang lain. Ianya dengan matlamat untuk mencegah pelakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian di sesuatu negara asing. Akta ini adalah memastikan keselamatan dan keamanan Negara terjamin demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Akta Pencegahan Jenayah (semakan 1983) (Akta 297) pula diadakan sebagai langkah-langkah bagi mengadakan tindakan-tindakan yang lebih berkesan untuk membenteras jenayah-jenayah kekerasan, kecurangan, pengawalan penjenayah- penjenayah, ahli-ahli kongsi gelap dan orang-orang lain yang tidak diingini di Semenanjung Malaysia sahaja. Akta ini dipinda selepas pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang didakwa menjadi punca peningkatan statistik jenayah.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 20 Disember 2024.
Jumlah Pelawat : 1124014

moha qrcode