telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

Latar Belakang


Pada 12 Februari 2013, Negara telah digemparkan oleh pencerobohan sekumpulan penganas bersenjata dari Selatan Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Kumpulan berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai “Tentera Kesultanan Sulu” menuntut Negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Wilayah “Kesultanan Sulu”. Ekoran daripada itu, kerajaan telah berusaha untuk menyelesaikan krisis ini melalui beberapa siri rundingan bagi mengelak dari berlakunya sebarang pertumpahan darah.

Namun Demikian, tindakan sebaliknya berlaku apabila kumpulan pengganas ini bertindak melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan sehingga mengorbankan 2 anggota pasukan keselamatan. Peristiwa berdarah ini disusuli oleh kematian 10 lagi anggota keselamatan di kampung simunul, Semporna.

Demi memastikan kedaulatan wilayah dan pemeliharaan keselamatan awam, OPS Daulat telah dilancarkan pada 5 Mac 2015.

Pada 7 Mac 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di Pantai Timur Sabah (Special Security Area) kemudian diikuti oleh pengisytiharan Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) pada 27 Mac 2013 meliputi 10 daerah.
Pada 1 April 2013, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah ditubuhkan. Pada 29 Jun 2013, OPS Daulat digantikan dengan Operasi Sanggah yang dikendalikan sepenuhnya oleh ESSCOM.

15 Julai 2014, ESSCOM telah disusun dan distruktur semula dalam usaha untuk memperkasa peranan dan fungsinya melalui Arahan Eksekutif, Arahan No.1.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121076

moha qrcode