KAMI BERJANJI MENUNAIKAN AMANAH KERAJAAN DALAM MENGURUSKAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN NEGARA BERDASARKAKN UNDANG-UNDANG, ATURAN DAN PERATURAN YANG BERKAITAN SECARA PROFESIONAL DAN MESRA PELANGGAN.
KAMI BERJANJI MEMBERI PERKHIMATAN BERIKUT: -
1. Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 3 hari kalender dari tarikh dokumen lengkap diterima.
2. Memperakukan terimaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
3. Membayar gaji bulanan anggota Kementerian dan Jabatan tidak lewat daripada 25hb setiap bulan.
4. Memproses permohonan pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5. Memberi maklumbalas kepada semua aduan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
6. Menyediakan penyata kewangan KDN dengan tepat dan lengkap mengikut Tarikh yang ditetapkan.
7. Memproses permohonan kelulusan sistem perakaunan dan prosedur kewangan dalam tempoh 7 hari bekerja.