Menyemak dan meluluskan semua draf dokumen kontrak yang lengkap dan dirujuk oleh Bahagian dan Agensi di bawah Kementerian dalam tempoh 30hari bekerja dari tarikh penerimaan;
Memberikan khidmat nasihat perundangan secara bertulis bagi segala isu undang-undang yang dokumennya lengkap yang dirujuk oleh Bahagian dan Agensi di bawah Kementerian dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan; dan
Mengendalikan perbicaraan kes-kes permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan selesai dalam tempoh 4 bulan dari tarikh penetapan bicara.