Bahagian Perancangan Strategik merupakan salah satu bahagian utama daripada 27 Bahagian di Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab untuk menyelaras hala tuju dan keputusan strategik Kementerian. Bagi memantapkan lagi tugas-tugas di Bahagian ini, Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah digabungkan bersama Bahagian Perancangan Strategik berkuatkuasa 01 November 2017. Bahagian ini ditadbir oleh satu jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Jusa Utama C, satu jawatan PTD M54, tiga (3) jawatan PTD M52, M48, M44/41 masing-masing, empat(4) jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19/N22 dan dua (2) jawatan Pembantu Operasi (N11). XXX