1. Pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia 2. Pemeriksaan dan kawalan barang-barang yang dibawa ke dalam atau keluar dari kawasan yang ditetapkan 3. Pemeriksaan, kawalan dan kuarantin apa-apa tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia 4. Pemeriksaan dan kawalan apa-apa kenderaan yang di bawa ke dalam atau keluar dari Malaysia 5. Pemeriksaan dan kawalan makanan dan benda yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik dan benda lain yang berkaitan dengan kesihatan yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia 6. Pemeriksaan dan kawalan hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia 7. Pencegahan dan penyiasatan mana -mana kesalahan dan pengeluaran apa-apa dokumen berkaitan fungsi AKPS. Melaksana rondaan, mengumpul maklumat & risikan bagi kawalan dan perlindungan sempadan 8. Mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk