Sistem Dashboard Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan satu alat yang disediakan kepada pengurusan tertinggi KDN bagi membolehkan mereka untuk mengurus dan memaparkan maklumat penting KDN dengan segera.
Sistem ini beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2016 yang dibangunkan bersama oleh Bahagian Perancangan Strategik (PG) dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (IT).
Sistem ini membolehkan Pengurusan Tertinggi KDN mendapat capaian terhadap maklumat penting yang dibekalkan oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi KDN sama ada melalui komputer atau telefon bimbit.