Memastikan permohonan pekerja asing diproses berdasarkan dasar-dasar semasa Kerajaan.
MISI
Mentadbir urus Pusat Kelulusan Setempat (One-Stop Centre) Pengurusan Pekerja Asing bagi memastikan kelulusan setiap permohonan dilaksanakan mengikut dasar-dasar dan tempoh yang ditetapkan.
OBJEKTIF
Objektif Bahagian Pengurusan Pekerja Asing adalah untuk mempercepat dan mempermudahkan proses permohonan bagi membawa masuk pekerja asing ke Malaysia selaras dengan peranannya sebagai sebuah Pusat Kelulusan Setempat (One-Stop Centre) sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA) Ke-33 Bil. 2/2005.