telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

GANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PERCUMA BAGI MANGSA BANJIR

KENYATAAN MEDIA 

YB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID B. HAMIDI

MENTERI DALAM NEGERI

 

GANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PERCUMA BAGI MANGSA BANJIR

 

1.           Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri sejak minggu lalu. Sebilangan daripada mereka dilaporkan berhadapan dengan situasi yang sukar dan aktiviti seharian turut terjejas teruk akibat bencana alam ini.

2.            KDN menerusi Jabatan serta Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera untuk membantu menangani keadaan tersebut termasuk menerusi gerak kerja oleh Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis DiRaja Malaysia dan pelbagai khidmat sokongan dan bantuan oleh Jabatan dan Agensi lain.

3.            Sehubungan itu juga saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang kehilangan dokumen penting seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar tampil untuk membuat gantian dokumen secara PERCUMA di mana-mana Pejabat JPN berhampiran apabila keadaan telah kembali pulih kelak. 

4. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬áOleh yang demikian untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 03 ÔÇô 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121210

moha qrcode