KENYATAAN MEDIA 
YB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID B. HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI
 
GANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PERCUMA BAGI MANGSA BANJIR
 
1.           Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri sejak minggu lalu. Sebilangan daripada mereka dilaporkan berhadapan dengan situasi yang sukar dan aktiviti seharian turut terjejas teruk akibat bencana alam ini.
2.            KDN menerusi Jabatan serta Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera untuk membantu menangani keadaan tersebut termasuk menerusi gerak kerja oleh Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis DiRaja Malaysia dan pelbagai khidmat sokongan dan bantuan oleh Jabatan dan Agensi lain.
3.            Sehubungan itu juga saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang kehilangan dokumen penting seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar tampil untuk membuat gantian dokumen secara PERCUMA di mana-mana Pejabat JPN berhampiran apabila keadaan telah kembali pulih kelak. 
4. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬áOleh yang demikian untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 03 ÔÇô 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.