1. Kelab Kementerian Dalam Negeri atau singkatannya (“Kelab KDN”) telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 4 Januari 2009.
2. Selaras dengan Undang-Undang Kelab KDN, penubuhan Kelab KDN adalah bertujuan untuk:
· Membantu dan menjaga kebajikan dan kebaikan ahli;
· Mengadakan peluang dan kemudahan yang diperlukan untuk ahli mengasah bakat dalam lapangan sukan, kesusasteraan, kebudayaan serta kebajikan;
· Membaiki diri melalui kegiatan yang berkehendakan tenaga ramai atau daya usaha perseorangan;
· Menimbulkan semangat berpasukan dan kekitaan (esprit de corps) di kalangan ahli serta memperluaskan pandangan mereka; dan
· Menggalakkan rasa muhibah, saling menghormati, hubungan mesra serta semangat setiakawan di kalangan ahli.
3. Kelab KDN ditabir dan diuruskan secara profesional oleh satu (1) Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Kelab yang dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
· Yang Dipertua
|
· Penolong Bendahari Kehormat
|
· 2 Orang Timbalan Yang Dipertua
|
· 8 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa
|
· Setiausaha Kehormat
|
· 5 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa
|
· Penolong Setiausaha
|
· Pengamanah
|
· Bendahari Kehormat
|
· Pemeriksa Kira-Kira
|
4. Sehingga 1 April 2022, Kelab KDN dianggotai oleh 1,544 orang ahli yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan berjawatan tetap di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN), WP. Putrajaya (tidak termasuk pegawai dan kakitangan Jabatan / Agensi di bawah KDN).
5. Sejak dari penubuhannya, Kelab KDN telah berjaya melaksanakan banyak program dan aktiviti melalui pelbagai cabang kegiatan yang telah menyatukan serta membentuk ahli-ahlinya untuk lebih berdaya tahan, dinamik, progresif dan berjaya secara holistik.