1. Mengkaji, mencadang, memperaku dan memantau pelaksaan dasar-dasar di Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan RELA agar memenuhi kehendak stakeholders dan memberi kepuasaan kepada pelanggan selaras dengan visi dan misi Kementerian.
2. Menggubal dan meminda undang-undang dan peraturan agar memenuhi keperluan semasa agensi dan dasar negara.
3. Menyediakan maklumbalas dan mengenalpasti tindakan penambahbaikan yang sewajarnya terhadap cadangan, teguran dan aduan berkaitan Kepenjaraan, Antidadah dan RELA.
4. Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan berkaitan Kepenjaraan, Antidadah dan RELA.
5. Mengurus kelulusan pewartaan Penjara, Sekolah Henry Gurney, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian.
6. Mengurus pelantikan anggota Lembaga Hakim Pelawat Penjara, anggota Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney, Lembaga Hakim Pelawat Pusat Pemulihan Akhlak dan Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik.
7. Menyediakan Memorandum kepada Jemaah Menteri dan memberi ulasan ke atas Memorandum daripada Kementerian lain, menyediakan Nota Percakapan, Nota Ikhtisar, komen dan maklumbalas yang berkaitan dengan dasar Kepenjaraan, Antidadah dan RELA.