Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat pengesahan ketulenan MyKad kakitangan dan pengawal keselamatan secara biometrik terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat tapisan keselamatan ke atas semua pengurusan syarikat agensi persendirian, kakitangan dan pengawal keselamatan.
Syarikat Agensi Persendirian hendaklah membuat permohonan tapisan keselamatan secara online di https://esims.moha.gov.my.
Syarikat Agensi Persendirian hendaklah memuatnaik gambar berukuran passport yang terkini (Gambar hendaklah menampakkan keseluruhan wajah dan kedua-dua paras bahu dengan jelas).
Pengawal keselamatan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Penduduk Tetap adalah tidak dibenarkan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Nota: Syarikat Agensi Persendirian merujuk kepada syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Agensi Persendirian 1971