Sukacita dimaklumkan, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan pemakaian hologram bagi mushaf Al-Quran. Justeru, kadar baharu bagi pelekat Hologram ialah sebanyak RM 0.50 satu. Bagi mushaf yang dicetak pada tahun 2010 dan ke atas diwajibkan untuk mematuhi warta ini. Manakala permohonan semakan pruf akhir ialah sebanyak RM 1500.00 dan akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2017.