KENYATAAN MEDIA PENJELASAN LANJUT ISU PENGGAJIAN 100% PEKERJA ASING UNTUK SYARIKAT BERORIENTASIKAN EKSPORT
PENJELASAN LANJUT
ISU PENGGAJIAN 100% PEKERJA ASING UNTUK SYARIKAT BERORIENTASIKAN EKSPORT
11 OKTOBER 2017
1. Saya ingin menjelaskan bahawa beberapa laporan akhbar yang mempunyai tajuk kurang tepat dalam memberikan gambaran bahawa Kerajaan telah meluluskan syarikat tempatan berorientasikan eksport untuk menggajikan 100% tenaga kerja asing di kilang mereka.
2. Ini tidak betul kerana jelas dalam kenyataan saya menyebut bahawa pertimbangan boleh diberikan mengikut permohonan dan bukannya memberikan kelulusan secara terus. Kerajaan juga belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini.
3. Pertimbangan ini juga hanya akan dibuat untuk penggajian pekerja di barisan pengeluaran (Production Line Workers) sahaja, yakni pekerjaan berkemahiran rendah dan bukannya untuk seluruh operasi kilang atau syarikat.
4. Saya berharap penerangan ini dapat memberikan konteks penuh ke atas kenyataan yang telah dibuat.