telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN MELALUI WARTA KERAJAAN P.U. (A) 277-284 BERTARIKH 28 SEPTEMBER 2017 DAN P.U (A) 299 BERTARIKH 03 OKTOBER 2017

KENYATAAN MEDIA

DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

                                                                                     

MENGENAI

Perintah Larangan Terhadap Penerbitan Melalui Warta Kerajaan P.U. (A) 277-284 bertarikh 28 September 2017 dan P.U (A) 299 bertarikh 03 Oktober 2017

 

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap dua puluh dua (22) penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 277-284 bertarikh 28 September 2017 dan P.U(A) 299 bertarikh 03 Oktober 2017.

 

Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

 

 

Kesemua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan memudaratkan kepentingan awam.

 

Berikut adalah senarai tajuk penerbitan-penerbitan tersebut beserta isi kandungan yang dilarang:

 

BIL

TAJUK PENERBITAN

ISI KANDUNGAN YANG DILARANG

 

Terjemahan Al- Qur'an

Merupakan terjemahan ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Bahasa Cina / Bahasa Korea tanpa ayat asal Al- Quran dalam Bahasa Arab.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-110 memutuskan bahawa "Tidak harus menerbitkan dan mengedarkan Terjemahan Al-Quran tanpa teks Asal Al-Quran".

 

Al- Qur'an Translation

 

The Meaning of The Glorious Qur'an Korean Edition

 

The Meaning of The Holy Quran (Chinese Translation Edition)

 

The Meaning of Al- Qur'an (The Guidance for Mankind)

 

The Quran Modern English Translation (640 muka surat)

 

Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu

 

The Quran Modern English Translation (431 muka surat)

 

Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu

 

Translation of The Quran

 

Tantra: The Search For Ecstacy

Isi kandungan memuatkan lukisan dan arca posisi persetubuhan keterlaluan yang dilihat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan tatasusila masyarakat Malaysia.

 

 Aku _______, Maka Aku Ada!

Mengandungi fakta yang mengelirukan yang menjurus kepada fahaman Syiah dan liberalisme yang dikhuatiri memesongkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Sekitar Masalah Tariqat (naqsyabandiyah)

Isi kandungan mengandungi amalan ilmu tasawuf yang diselewengkan dan jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Meniti Jalan Hidayah: Menuju Toriqah Khotmul -Auliya

 

Islam dan Iman: Aturan-Aturan Pokok

Mengandungi unsur - unsur yang mengelirukan umat Islam dan menyalahi syariah yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

 

Islam Kemodernan Dan Keindonesiaan

 

Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan

Isi kandungan mempromosikan idea liberalisme, fakta dikupas menggunakan logik akal, mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama Islam dan jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

 

Islam Without Extremes: A Muslim Case For Liberty

 

Wacana Pemikiran Reformis (Jilid I)

 

Wacana Pemikiran Reformis (Jilid II)

 

Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi

 

Sapuman: Man of Steal

Memuatkan karikatur yang mungkin memudaratkan kepentingan negara.

 

Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan-penerbitan tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ianya tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.

 

Perhatian juga ditarik terhadap penerbitan Terjemahan Al-Quran tanpa teks asal Al-Quran. Penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal Al-Quran kerana terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab yang ada peraturan tertentu.

 

Sehubungan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut.

 

Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang Negara diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 8886 3407 / 8533 / 3406 / 8451 / 8524.  

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121343

moha qrcode