telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumbalas Laporan Media Akhbar Malay Mail Online “Foreign Worker Crackdown Leaves IOI City Mall Food Court In Mess” Bertarikh 18 Mac 2016

 

KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

TARIKH: 18 MAC 2016

MAKLUMBALAS LAPORAN MEDIA

AKHBAR MALAY MAIL ONLINE “FOREIGN WORKER CRACKDOWN LEAVES IOI CITY MALL FOOD COURT IN MESS” BERTARIKH 18 MAC 2016.


 

Merujuk kepada laporan Akhbar Malay Mail Online bertarikh 18 Mac 2016, mengenai Operasi Bersepadu ke atas Medan Selera lain-lain premis perniagaan di IOI City Mall yang telah menyebabkan peniaga dan pengunjung berhadapan dengan kesukaran diluarjangkaan.Perkara ini berlaku kerana ramai pekerja asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan pada operasi tersebut.

Dalam Operasi tersebut Pihak Imigresen telah menahan 262 warga asing atas pelbagai kesalahan, antaranya adalah kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) AktaImigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh sah dan, kesalahan dibawah peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas. Dari jumlah 262 warga asing yang ditahan pecahan warganegara adalah seperti berikut, Nepal 73 lelaki dan 2 perempuan, Bangladesh 62 lelaki, Myanmar 37 lelaki dan 7 perempuan, Indonesia 39 lelakidan 17 perempuan, Philipina 15 lelakidan 6 perempuan, Yaman 2 lelaki, Vietnam dan Syria masing-masing 1 tangkapan lelaki.

Para majikan seharusnya sedar bahawa tindakan mereka menggaji warga asing tanpa Pas yang sah adalah merupakan satu kesalahan serius dan amaran telah dikeluarkan berulang kali dalam media-media masa mahu pun media sosial baik dari Jabatan Imigresen, dan dari Kementerian Dalam Negeri, amaran demi amaran dan kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan tetapi masih ramai majikan berdegil dan terus menggajikan pekerja asing tanpa izin sebagai pekerja mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati ramai pekerja asing bekerja di bahagian barisan hadapan (Frontliner) yang jelas merupakan sektor yang tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing, seperti juruwang, juru jual lelaki dan wanita, pelayan restoran, dan sebagainya. Perkara ini amat menduka citakan kerana pihak majikan berkenaan memandang remeh dan sanggup melanggar undang-undang untuk mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata dan tindakan mereka turut menyumbang kepada kebanjiran warga asing tanpa izin dan kemasukan warga asing ini dilakukan oleh agen-agen atas permintaan majikan, yang sedemikian dan bukannya dari pihak kerajaan.

Pihak Jabatan Imigresen tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik, sebaliknya para majikan seharusnya matang dan tahu bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan menerima akibat dari keputusan mereka. Pihak Jabatan Imigresen juga tidak akan berhenti setakat menahan warga asing yang melakukan kesalahan sahaja kerana pihak Imigresen akan menyiasat dengan lebih lanjut setiap kes dan majikan berkenaan selepas ini akan turut berhadapan dengan tindakan undang-undang selanjutnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Imigresen.

Bagi majikan yang memiliki pekerja Asing yang sah dan memiliki Pas Kerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, sukacita turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat pengeluaran pas tersebut dan hanya bekerja dalam sektor yang telah diluluskan. Pihak majikan juga perlu mengemukakan dokumen asal apabila diminta berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa. Amalan pihak majikan hanya memberikan salinan dokumen sahaja kepada pekerja mereka telah membuka peluang kepada penjenayah untuk mengeluarkan salinan palsu, dan perlu ditegaskan di sini salinan bukanlah satu dokumen yang sah.

Kerajaan juga telah member peluang kepada para Majikan untuk mendaftarkan pekerja asing yang bekerja dengan mereka melalui program “Rehiring” yang telah dibuka sejak 15 Februari 2016 dan akan ditamatkan pada 30 Jun 2016. Majikan perlu merebut peluang ini dan mendaftarkan segera pekerja asing mereka sebelum tamat tempoh Program, Operasi-operasi penguatkuasaan juga tetap akan diteruskan sepanjang tempoh ini. Mana-mana Pekerja Asing atau majikan yang ditahan kerana melakukan kesalahan, tindakan tegas tetap akan diambil.

#TAMAT#

DATO’ SRI SAKIB BIN KUSMI
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121159

moha qrcode