telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia : Ops Ikrar (SERKAP) Jabatan Imigresen Menumpaskan Rangkaian Sindiket Pemalsuan PLKS Pembantu Rumah Warga Asing

KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

OPS IKRAR (SERKAP) JABATAN IMIGRESEN MENUMPASKAN RANGKAIAN SINDIKET PEMALSUAN PLKS PEMBANTU RUMAH WARGA ASING

Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan PL(KS) pembantu rumah warga asing dan cop keselamatan imigresen yang disyaki palsu pada 04 November 2015 di sekitar Kuala Lumpur.

Bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan Unit Inteligen. Sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Penguatkuasa Putrajaya yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Tinggi) Mohd Radzi bin Ain telah memeriksa sebuah premis di Diamond Square Commercial Center, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui lima puluh satu (51) naskah pasport Filipina, satu (01) naskah pasport Indonesia, dua (02) kad pengenalan Malaysia, sembilan (09) pelekat PL(KS) bercetak disyaki palsu, satu (01) Cop Keselamatan imigresen yang disyaki palsu, satu (01) Cop Keluar imigresen Filipina yang disyaki palsu, satu (01) set komputer, satu (01) komputer riba, satu (01) pendrive, beberapa dokumen permohonan pembantu rumah dan duit tunai berjumlah RM2,222.00.

Dalam ops ini telah berjaya menahan satu (01) lelaki tempatan yang disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. Selain itu turut ditahan di tempat berasingan dua (02) wanita warganegara Filipina yang disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bersubahat dengan rangkaian sindiket ini.

Jabatan Imigresen memohon orang ramai supaya dapat membantu memberikan maklumat seorang lagi wanita warganegara Filipina yang masih bebas bagi membantu siasatan. Wanita warganegara Filipina ini bernama MARILYN OBSIOMA CAADLAWON, nombor pasport EB1927359 dan berumur 46 tahun. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya di talian 03-8880 1346 atau 03- 8892 6052.

Tamat.

 

Dato Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim

Ketua Pengarah

Jabatan Imigresen Malaysia.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121191

moha qrcode