KENYATAAN MEDIA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA : PEMBERITAHUAN OPERASI KAUNTER 6 HARI SEMINGGU IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPN) DI PUTRAJAYA DAN IBU PEJABAT JPN NEGERI
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
No 20 Persiaran Perdana, Presint 2
62551 W.P. Putrajaya
NOTA KEPADA PENGARANG
7 September 2015 (Isnin)
 
PEMBERITAHUAN OPERASI KAUNTER 6 HARI SEMINGGU IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPN) DI PUTRAJAYA DAN IBU PEJABAT JPN NEGERI
 
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa operasi Kaunter Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri yang tiada cawangan di UTC hanya akan di buka 6 hari sahaja berbanding setiap hari pada sebelum ini. Waktu operasi berkenaan akan berkuatkuasa mulai 12 September 2015 (Sabtu). 
Sehubungan itu, operasi kaunter hujung minggu bagi Ibu Pejabat JPN di Negeri Kelantan dan Terengganu akan ditutup pada hari Sabtu. Manakala Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri yang tiada cawangan di UTC akan ditutup pada hari Ahad.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal JPN di www.jpn.gov.my , atau hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 - 88807077 atau e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, harap maklum.
 
Tamat.  
 
´üÂMohon kerjasama semua stesen Televisyen dan Radio untuk membuat hebahan dan crawler.┬á