KENYATAAN MEDIA
LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI
KE SINGAPURA
_________________________________________________________________________________________________________
 
Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 13 dan 14 April 2015.
Beliau telah menerima jemputan daripada Kerajaan Singapura sempena Majlis Perasmian Interpol Global Complex for Innovation Inauguration.
Kerajaan Singapura telah memanjangkan jemputan yang julung kalinya diadakan ini  kepada semua Menteri-Menteri Dalam Negeri dari setiap pelusuk dunia. Menteri-Menteri Dalam Negeri yang telah turut hadir adalah dari USA, Rusia, Argentina, Austria, Germany, Kuwait, Myanmar, Vietnam, UAE dan New Zealand.
DatoÔÇÖ Seri Zahid telah berkesempatan untuk menghadiri perbincangan tertutup mengenai ÔÇ£Global Law Enforcement Efforts Against CybercrimeÔÇØ yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean serta Majlis Perasmian bersama Interpol Global Complex for Innovation bertajuk ÔÇ£Membuka Cara Kerjasama Polis Melalui Pendekatan Kepelbagaian Pihak BerkepentinganÔÇØ.
Malaysia dan Singapura sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama sedia ada yang khusus merangkumi aspek keselamatan cyber yang semakin mendapat perhatian global. Keperluan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan turut diberi perhatian. YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong bagi membincangkan kerjasama keselamatan dua hala di antara Malaysia dan Singapura.
Semasa berada di Singapura, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dijemput oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, TYT Teo Chee Hean untuk membuat lawatan rasmi ke Pusat Kawalan Operasi Polis Singapura.
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut membuat lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Singapura, Kementerian Dalam Negeri Singapura untuk melihat contoh yang boleh dikongsi bagi membuat penambahbaikan dalam mengawal selia banduan di penjara Malaysia.
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut akan mengadakan pertemuan dengan TYT K Shanmugam Menteri Luar Singapura.
______________________________________________________________________________________________________________
Kementerian Dalam Negeri
 14 April 2015