telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI KE VIETNAM (13 - 16 MEI 2014)

KENYATAAN MEDIA

LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI

YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

KE VIETNAM

(13 - 16 MEI 2014)

__________________________________________________________________________________________________________

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan berikut:

 

┬À ┬á ┬á Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sedang berada di Vietnam daripada 13 ke 16 Mei 2014 bagi tujuan lawatan kerja untuk membincangkan isu-isu kerjasama keselamatan merangkumi hal pengurusan dan proses kemasukan pekerja Vietnam ke Malaysia.┬á

┬À ┬á ┬á Semasa pertemuan dengan rakan sejawat beliau pada 14 Mei 2014, Menteri Keselamatan Awam Vietnam, TYTJeneral Tran Dai Quang, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mencegah dan membanteras jenayah rentas sempadan di Malaysia pada bulan Oktober / November 2014. ┬áKedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan rundingan tahunan di peringkat Menteri bagi memperkukuhkan kerjasama keselamatan termasuk isu kepolisan.

┬À ┬á ┬á Dalam mempertingkatkan kerjasama dari aspek pengurusan dan kemasukan pekerja Vietnam ke Malaysia, satu prosedur pelaksanaan menerusi penstrukturan kepada Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di mana permohonan tenaga kerja asing akan dibuat melalui atas talian untuk mengelakkan elemen eksploitasi. ┬áPerkara ini akan dibincangkan lebih terperinci mengenai Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) oleh YB Menteri Dalam Negeri dengan Menteri Buruh Vietnam, TYT Pham Thi Hai.

┬À ┬á ┬á ┬áYB Menteri Dalam Negeri juga telah berkesempatan untuk bersama komuniti Malaysia dalam satu majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Kedutaan Malaysia di Hanoi. ┬á

┬À ┬á ┬á TYT Hoang Binh Quan, Pengerusi Communist Suruhanjaya Pusat Hubungan Luar dari Parti Komunis Sosialis Vietnam, telah menghoskan satu Majlis makan malam bersama delegasi YB DatoÔÇÖ Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO dan beberapa ahli UMNO Pusat.

 

15 Mei 2014

KUALA LUMPUR

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121209

moha qrcode