KENYATAAN MEDIA
PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN BERTAJUK
ÔÇ£ULTRAMAN THE ULTRA POWERÔÇØ┬á
7 MAC 2014
1. ┬á ┬á ┬áKementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan bertajuk ÔÇ£Ultraman The Ultra PowerÔÇØ yang didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai. ┬á┬á
2.        Buku terbitan berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. 
3. ┬á ┬á Warta Perintah Larangan yang berkuatkuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ÔÇ£Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan laranganÔÇØ. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
4.      Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan adalah seperti berikut: 
i. ┬á ┬á ┬á ┬áIni adalah kerana kandungan buku ini menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai ÔÇ£AllahÔÇØ.
ii. ┬á ┬á ┬á KDN ┬ámengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat ÔÇ£AllahÔÇØ yang disamakan dengan Ultraman King.
iii.      Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung. Ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai.
iv. ┬á ┬á ┬áPerkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan ÔÇ£AllahÔÇØ dengan Ultraman.
v.       Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang dikenakan Perintah Larangan adalah edisi (Ultraman The Ultra Power) ini sahaja.
 
 
####