1.       Kementerian Dalam Negeri memandang berat terhadap tindakan dan cubaan pihak-pihak tertentu yang secara berterusan memburuk-burukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan The Heat.
2.       Dimaklumkan bahawa permit penerbitan The Heat adalah digantung sementara sebelum keputusan lanjut diputuskan setelah meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh pihak penerbit. Ia bukanlah satu penggantungan kekal selaras dengan prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012).
3.       Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan dan akan memberi pertimbangan yang wajar dan adil terhadap penerbitan The Heat dalam masa terdekat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.