Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan pembebasan enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) yang akan dibebaskan ┬ápada 05 Januari 2014 daripada KEMTA (Kem Tahanan Taiping). Kesemua mereka yang merupakan anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah ditangkap pada 14 November 2011 dan dikenakan perintah tahanan selama dua tahun. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina. Butiran ┬ámereka adalah seperti berikut :
 
1) ADZMI BIN PINDATUN/ WARGANEGARA MALAYSIA.
2) MUHAMMAD ADNAN BIN UMAR / WARGANEGARA INDONESIA.
3) DARTO BIN BANDU / WARGANEGARA INDONESIA.
4) MOHD NAZRI BIN DOLLAH / WARGANEGARA MALAYSIA.
5) MUADZ BIN HAKIM / WARGANEGARA FILIPINA.
6) BAKAR BIN BABA / WARGANEGARA MALAYSIA.
 
Kementerian Dalam Negeri.
4 Januari 2014
 
-TAMAT-