Menurut Timbalan Perdana Menteri, pendekatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memerangi dadah adalah tidak sesuai dipraktikkan di negara ini.

 

“Kita ada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan pencegahan dan penguatkuasaan serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk pemulihan dan pendidikan.

 

“Kedua-dua agensi ini menjalankan peranannnya serta dibantu juga oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE