telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Mohamad Fuzi Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Mohamad Fuzi, 58, menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Jan 1984 sebagai kadet ASP di Pulapol.

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.

Beliau juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama dua bulan pada 2014.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamad Fuzi berkata beliau akan kekal fokus kepada usaha memerangi pengganas.

Malah katanya kerajaan telah meluluskan 343 perjawatan baharu untuk Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman yang pastinya akan terus memperkukuh kemampuan bahagian itu.

"Saya yakin masalah pengganas akan dibanteras sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa," katanya.

Mohamad Fuzi turut berterima kasih atas kepercayaan kerajaan yang melantik beliau ke jawatan tertinggi pasukan keselamatan itu.

"Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri dengan pelantikan jawatan ini.

"Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan tugas polis," katanya.

-- BERNAMA

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121216

moha qrcode