Perbahasan terbuka UNSC beri fokus khusus kepada tujuan menangani ancaman baharu dan cabaran dalam usaha mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD)
“Perbahasan terbuka peringkat menteri akan memberi fokus khusus kepada tujuan menangani ancaman baharu dan cabaran dalam usaha mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), bahan berkaitan serta teknologi kepada pelaku bukan negara (non-state actors)” tegas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri akan beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 23 Ogos 2016.
Perbahasan terbuka merupakan antara inisiatif Malaysia sejak menduduki kerusi Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Inisiatif serupa juga diperkenalkan oleh Malaysia semasa menganjurkan perbahasan terbuka UNSC mengenai Isu Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata (CAAC)
Pelantikan Malaysia sebagai Presiden Majlis Keselamatan bagi bulan Ogos 2016 merupakan pelantikan kali kedua sejak dipilih menjadi anggota tidak tetap bagi penggal 2015 hingga 2016.