telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MENTERI KDN KINI TPM JPAM pindah ke JPM

Putrajaya, 29 Julai 2015: Pengumuman rombakan Kabinet 2015 menerusi Sidang Media Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada awal petang hari Selasa 28 Julai 2015 menyaksikan pelantikan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baru di samping mengekalkan portfolio Menteri Dalam Negeri (MDN). Rombakan tersebut turut menyaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu dua (2) TMDN yang baru iaitu YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai dan YB Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Sri Aman turut dilantik bagi membantu YAB TPM merangkap MDN menggalas tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan dalam negeri. Rombakan tersebut menurut YAB PM adalah bagi memperkukuhkan lagi barisan ahli Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara menjelang pilihanraya umum akan datang.

Pelantikan dua pemimpin tertinggi KDN ke jawatan yang lebih tinggi dalam pentadbiran kerajaan adalah juga simbol penghargaan YAB PM terhadap sumbangan perkhidmatan cemerlang KDN di bawah kepimpinan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada negara dan juga rakyat. Susulan itu satu majlis meraikan perlantikan ala jamuan hi-tea bagi meraikan kepemimpinan KDN dalam barisan kabinet baru telah diadakan pada 29 Julai 2015 bertempat di Dewan Gemilang.

Penganjuran majlis tersebut ternyata mempunyai signifikan tersendiri. Ianya merupakan majlis pertama Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di KDN sebagai TPM di samping kehadiran kali pertama kedua-dua TMDN yang baru. Ketua Setiausaha YBhg. Dato' Alwi Ibrahim mengetuai barisan pengurusan tertinggi dan seluruh wargakerja melafazkan ucapan tahniah dan kegembiraan seluruh wargakerja. Kemuncak majlis ialah acara pemotongan kek pulut kuning sebagai tanda kesyukuran dan juga rekod tandatangan kehadiran pertama oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed dan YB Masir Anak Kujat ke organisasi KDN.

Manakala itu YAB TPM menerusi sidang media selepas majlis tersebut mengumumkan bahawa KDN bakal kehilangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dipersetujui YAB PM untuk dipindahkan ke bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan khususnya di bawah pengawasan YB Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di JPM. Perpindahan tersebut adalah bagi menjadikan JPAM sebagai agensi tonggak dalam menangani aspek bencana alam:

Perkara ini merupakan arahan Perdana Menteri, dan telah diputuskan sebelum rombakan kabinet yang berlaku semalam saya yakin peletakan JPAM di bawah naungan JPM lebih memperlihatkan kerajaan serius dalam memberi tumpuan berkaitan isu bencana alam dan berkuatkuasa mulai tarikh pembentukan kabinet
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri

29 Julai 2015

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121239

moha qrcode