LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI KE IPK JOHOR BAHRU
Johor Bahru, 11 April 2015 - Lawatan kerja ke tapak projek bangunan tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor oleh Menteri dalam negeri iaitu Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini terbengkalai, akan dijangka siap pada Ogos 2016 selepas diambil alih kontraktor lain sejak Februari tahun lalu.
Pembinaan yang menelan kos sebanyak RM 72.8 juta itu kini sedang giat dijalankan dan kontraktor terdahulu telah disenaraihitamkan kerana gagal menyiapkan projek berkenaan.Beliau berkata, pada ketika ini terdapat empat projek melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang dikategorikan sebagai sakit kerana kegagalan kontraktor dan sedang dipantau oleh pihaknya.Beliau juga turut melawat tapak projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan.
Turut serta pada lawatan kerja tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato' Alwi Bin Ibrahim dan Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sheriff.