KUALA LUMPUR, 22 September 2014 - Menteri Dalam Negeri (MDN), YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan kerja ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat (USA) bagi membincang dan┬á melihat semula senarai semak syarat-syarat penyertaan Malaysia ke US Visa Waiver Program (USVWP). Lawatan adalah susulan kepada persefahaman yang dicapai antara kedua-dua negara sempena lawatan Presiden Obama ke Malaysia serta lawatan delegasi teknikal ke USA masing-masingnya pada bulan April dan Ogos yang lalu; di samping sebagai persiapan lawatan MDN ke USA pada 24 Sept hingga 2 Okt 2014.
Lawatan kerja ke kedutaan melibatkan perbincangan tertutup MDN bersama Duta Besar Joseph Y. Yun dan   sesi perbincangan meja bulat antara delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) seramai 16 orang.   Fokus perbincangan adalah kepada tatacara permohonan/pengeluaran visa dan sebab-sebab  penolakkan permohonan rakyat Malaysia.  Amnya  purata tahunan permohonan rakyat Malaysia yang ditemuduga adalah seramai 40,000,  kadar kelulusan permohonan adalah sebanyak 95% bagi tujuan bisnes dan melancong, serta  berlakunya trend penolakan yang  menurun iaitu  dari 11.4% (2006) kepada  5.0% (2013).
Pakej  lawatan turut melibatkan tinjauan  ke Seksyen Konsular di mana delegasi KDN dapat melihat   transaksi  sebenar pengemukaan permohonan visa dan sesi temuduga  di kaunter dan kemudiaanya proses memberi kelulusan di sebelah belakang kaunter.  Permohonan di kaunter merupakan langkah ketiga selepas pemohon  mengemukakan borang permohonan menerusi portal www.ustraveldocs.com.my dan membayar  fi pemprosesan sebanyak $160USD secara atas talian.  Kelulusan permohonan yang melibatkan proses temuduga adalah pada hari yang sama dan tempoh pengeluaran/ kutipan visa adalah dua hari.
Amnya kadar penolakan semasa permohonan visa di kalangan rakyat Malaysia adalah pada kadar 5%. Berkaitan itu pelbagai usaha bakal  dijalankan KDN dan antaranya adalah program promosi akan  tatacara pengemukaan  permohonan yang betul dan keperluan persediaan yang tepat oleh bakal pemohon dalam menghadapi temuduga mendapatkan visa ke USA.   Antara lainnya   adalah program promosi bagi meningkatkan kesedaran awam ke arah memastikan  kadar penolakan tahunan adalah tidak melebihi 3% sekaligus melayakkan penyertaan Malaysia ke USVWP.
Kesimpulannya USVWP adalah satu inisiatif kerajaan di bawah hubungan dua hala antara Malaysia dan USA untuk dinikmati oleh bakal pengembara rakyat Malaysia ke USA samada bagi maksud melancong atau pun menjalankan perniagaan.  Ini kerana USVWP ke USA  bakal membolehkan  rakyat  Malaysia masuk ke USA dan tinggal di sana dalam tempoh sehingga 90 hari tanpa visa termasuklah kemudahan multiple entry visa bagi tempoh maksimum 10 tahun.