Menglembu, 27 Julai 2014 - Satu serbuan telah dilakukan oleh pasukan penguatkuasa daripada Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Negeri Perak ke atas sebuah premis jualan DVD yang beralamat di No 30, Pike Street, Menglembu, Perak.
Dalam serbuan ini, pihak berkuasa telah merampas sebanyak 450 filem DVD. Rampasan ini dibuat berikutan filem - filem berkenaan telah melanggar Akta Penapisan Filem APF 2002 (AKTA 620). 
Kesemua barang rampasan telah dibawa ke balai polis Menglembu dan suspek dilepaskan dengan jaminan polis.