MAJLIS MAKAN MALAM KEJOHANAN SUKAN IMIGRESEN MALAYSIA (SUKIM) KE 16
Bangi, 3 Mei 2014 - Jabatan Imigresen Malaysia telah mengadakan Majlis Makan Malam Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia (SUKIM) ke-16. Majlis berlangsung pada 3 Mei 2014 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.
Turut di jemput YB. DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri bagi merasmikan majlis tersebut diringi YBhg. DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Bin Hj. Sharif Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Program seumpama ini merupakan manifestasi terhadap usaha Majlis Kebajikan dan Sukan Jabatan Imigresen Malaysia (MAKSIM) untuk memberi penghargaan kepada urusetia, pengurus pasukan dan peserta kejohanan atas komintmen dan khidmat bakti dalam menjayakan kejohanan (SUKIM).
Dalam ucapan Zahid, beliau berharap agar sukan/kejohanan seperti ini mampu menyatukan dan merapatkan hubungan  tanpa mengira pangkat dan bangsa dikalangan warga JIM.