telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERTEMUAN AHLI LPPPQ DAN LTAQ KDN BERSAMA MDN DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI DI DEWAN GEMILANG KDN PADA 16 APRIL 2014

Putrajaya, 15 April 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir dalam satu majlis pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) dan Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (LTAQ) bertempat di Dewan Gemilang KDN Putrajaya.

Pertemuan ini antara lain membincangkan beberapa perkara berhubung peraturan percetakan Al-Quran dan pengukuhan akta dalam penyalahgunaan hadis yang bertujuan memerangi kumpulan anti-hadis dan memerangi hadis palsu atau rekaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Ahmad Zahid dalam sidang media menyatakan bahawa KDN akan meminda Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 berikutan terdapat banyak kesalahan dilakukan pihak tertentu dalam percetakan, pempameran dan penyalahgunaan ayat al-Quran.

ÔÇ£Antara pindaan nanti termasuk penyalahgunaan ayat al-Quran sebagai azimat dan mempamerkannya, terutama di kedai, untuk tujuan melariskan jualan. Ini tidak termasuk dalam sebarang akta dan dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah,ÔÇØ katanya.

Namun, KDN akan berbincang secara lebih lanjut mengenai perkara ini bersama Majlis Agama Islam di setiap negeri kerana hal berkaitan agama di bawah bidang kuasa majlis berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan akan dipersembahkan untuk diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Turut hadir dalam pertemuan ini Pengerusi LPPPQ, Tan Sri Harussani Zakaria dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 04 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1119969

moha qrcode