Putrajaya, 21 November 2012 ÔÇô Satu taklimat ÔÇÿKey CommunicatorÔÇÖ bersama wakil FELDA telah diadakan di Auditorium, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang. Seramai 927 orang wakil FELDA dari seluruh gugusan FELDA telah hadir bagi mendengar taklimat dari pihak Kementerian Dalam Negeri.
Taklimat yang berkaitan dengan KDN ini telah disampaikan oleh wakil-wakil agensi dibawah KDN seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Tetamu yang hadir telah diberikan input-input yang berguna berkenaaan keselamatan disamping berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapi mereka di kawasan Felda. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Y.Bhg DatoÔÇÖ Alwi Bin Ibrahim meluangkan masa bersama warga FELDA yang hadir pada taklimat ini seterusnya melaksanakan perasmian penutup bagi taklimat ÔÇÿKey-CommunicatorÔÇÖ bersama FELDA ini.