Putrajaya, 26 November 2012 ÔÇô Bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah berlangsung Maljlis Upacara Menandatangani MOU diantara Malaysia ÔÇô Bangladesh berkenaan isu jenayah merentasi sempadan. Y.B Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien selaku Menteri Dalam Negeri telah hadir sebagai wakil Kementerian Dalam Negeri┬á disamping delegasi dari Bangladesh mewakili kerajaan Bangladesh bagi mendatangani memorandum persefahaman ini.
Majlis yang berlangsung pada jam 10.30 pagi ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Y.B DatoÔÇÖ Lee Chee Leong dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim B. Mohamad Radzi.
Menteri Dalam Negeri berharap dengan adanya memorandum persefahaman ini dapat menyelesaikan serta membantu menangani isu jenayah merentasi sempadan diantara kedua-dua buah negara ini.
-Tamat-