Putrajaya, 28 November 2012 ÔÇô Satu program Pelancaran Tabung Kemanusiaan GAZA 1 RELA, RM 1, 1 NYAWA anjuran RELA telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ibu Pejabat Rela Malaysia D9, Kompleks D. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg DatoÔÇÖ Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi.
 
Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini diserikan dengan deklamasi sajak oleh Ikon Belia ASEAN 2012 Kapten (RELA) Mohd Zuraidi Bin Komari.
Seterusnya, ucapan Y.Bhg DatoÔÇÖ Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi dan sekaligus melancarkan Tabung Kemanusiaan GAZA 1 Rela, RM 1, 1 Nyawa.
Disamping itu, sambutan terhadap bubur asyura yang dijual amat menggalakkan dan mendapat sambutan daripada warga KDN. Hasil jualan akan disalurkan terus ke Tabung Kemanusiaan GAZA yang membuktikan keprihatinan khususnya warga KDN.
-Tamat-