Lubuk Semilang, 16 November 2012 - Bagi menarik minat belia dalam menyertai sukarelawan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah melaksanakan satu program Komuniti Malaysia Cergas Peringkat Daerah Langkawi baru-baru ini. Seramai hampir 200 penyertaan telah direkodkan di meja pendaftaran, dan ianya satu jumlah yang boleh dibanggakan untuk program terbuka seperti ini. Penyertaan adalah terdiri dari golongan belia dan beliawanis di sekitar daerah Langkawi dan lebih membanggakan penyertaan juga diterima dari peserta-peserta cilik yang turut serta mendaki Tangga Helang 1000 Kenangan Gunung Raya.
 
Selain menikmati panorama indah ciptaan ilahi, para peserta dapat bertemu mesra bersama SKUAD 1Malaysia serta kakitangan AADK Daerah Langkawi untuk berkongsi pandangan dan maklumat mengenai masalah dadah semasa. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 
-Tamat