telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

CCSC CHOW KIT ANTARA INOVASI TERBAIK 2012

 

Putrajaya, 12 Disember 2012 - Transformasi yang diperkenalkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapat pengiktirafan apabila Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, Kuala Lumpur berjaya mendapat tempat kedua bagi Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2012. Dengan tajuk ÔÇ£Penglibatan Klien Dalam Mendapatkan Perkhidmatan dan Program Rawatan dan Pemulihan di CCSC Chow Kit, Kuala LumpurÔÇØ anugerah berkenaan telah disempurnakna oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Mohd Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Selain CCSC Chow Kit, AADK turut menghantar tiga lagi penyertaan lain bagi Anugerah Inovasi KDN 2012 iaitu Ibu Pejabat AADK dengan tajuk inovasi ÔÇ£Pemberian Perkhidmatan Klinikal Dalam Proses Rawatan, Perubatan dan PemulihanÔÇØ, dan juga ÔÇ£SKUAD 1MalaysiaÔÇØ serta Klinik Cure and Care 1Malaysia Sungai Besi dengan tajuk inovasi ÔÇ£ASSIST dan URICA:Alat Pengukur Tahap Keparahan Penagihan dan Motivasi KepulihanÔÇØ.

Disamping penyertaan berkenaan, AADK pada tahun ini turut mempertaruhkan 4 kumpulan KIK berentap bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KDN 2012. Kumpulan tersebut adalah terdiri daripada AADK Negeri Pulau Pinang, Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok, Kelantan, Klinik Cure and Care 1Malaysia Kota Bahru, Kelantan dan Cure and Care Service Centre (CCSC) Hulu Langat, Selangor.

Disediakan oleh: UMKK

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 September 2024.
Jumlah Pelawat : 1113981

moha qrcode