Banting, 19 April 2013 -┬áSolekan amat sinonim dengan wanita kerana ia adalah pelengkap gaya. Sama ada ingin ke pejabat atau ke pasar sekalipun, wanita pasti ingin tampak cantik dan menarik. Namun, tidak semua wanita berjaya tampil sempurna kerana adakalanya penampilan tidak kena gaya, malah nampak ÔÇÿpelikÔÇÖ, terutama dari segi tatarias.
Sehubungan dengan itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat telah menjayakan Kursus Asas Persolekan di Caring Community House (CCH) Taman Kemuning Banting, Selangor. Seramai 20 orang wanita dari Taman Kemuning berjaya menamatkan kursus tersebut. Makluman kursus atau bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada PROGRAM MESRA DÔÇÖKOMUNITI TAMAN anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat yang dirasmikan oleh Y.Bhg. DatoÔÇÖ Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Parlimen Kuala Langat.