KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK LIMA PENJURU OLEH CURE AND CARE REHABILITATION CENTRE (CCRC) KOTA TINGGI
Kota Tinggi, 14 Mac - Bermula 26 Februari sehingga 30 April 2013 Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Kota Tinggi melaksanakan kejohanan Liga Bola Sepak Lima Penjuru. Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan telah melibatkan 5 pasukan iaitu 4 pasukan terdiri daripada penghuni asrama Berlian, Baiduri, Delima, Nilam dan 1 pasukan kakitangan (Harimau Perani). Perasmian kejohanan dimulakan dengan sepakan penalti oleh Pengarah CCRC Kota Tinggi, V.M. Asok Kumar A/L Marathiah sebagai gimik perasmian.
 
Tujuan kejohanan diadakan adalah bagi mencungkil bakat yang terpendam di kalangan kakitangan dan klien bagi mewakili CCRC Kota Tinggi bagi kejohanan yang lebih besar di masa hadapan. Selain daripada itu ianya dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan klien.