PROGRAM PERHIMPUNAN GELOMBANG KEDAMAIAN 1KDN DAN PELANCARAN TABUNG KECEMASAN GAZA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Kota Samarahan, 26 Januari 2013 ÔÇô┬áKementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Agensi di bawah KDN ┬átelah mengadakan Program Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Pelancaran Tabung Kecemasan GAZA peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Arena Gemilang┬á (De Tar) Universiti Malaysia Sarawak.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dalam ucapan perasmian, YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong menyentuh isu berkaitan semangat sukarelawan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan agensi-agensi di bawah KDN banyak membantu dalam melaksanakan program kesukarelaan tersebut.┬á Dalam majlis yang sama YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong turut melancarkan Tabung Kecemasan GAZA bagi membantu mereka yang bernasib malang di sana.
Bersempena dengan program tersebut YB.hg Puan Hasanah Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN turut merasmikan Program Gotong Royong Perdana Skuad Muda KDN. Program gotong-royong tersebut telah diadakan di Balai Raya Kampung Sebayor Kota Semarahan, Sarawak.  Pelbagai aktiviti kesukarelaan seperti membersihkan kawasan dan mengecatkan balai raya telah disempurnakan oleh Skuad Muda KDN.