MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2012
Putrajaya, 21 Januari 2013┬áÔÇô Kementerian Dalam Negeri┬á telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012. Majlis telah diadakan di Dewan Auditorium, Aras 5, Blok D8, Kompleks D dan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Dalam ucapan perasmian dan amanat┬átahun baru 2013, YB.DatoÔÇÖ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada 266 orang penerima anugerah dan berharap agar prestasi kerja cemerlang tersebut dapat dikekalkan. Beliau juga mengharapkan agar semua warga┬áKDN┬ámeningkatkan usaha, integriti dan terus bekerja sebagai satu pasukan. Tambah beliau lagi warga KDN perlu berusaha, biarpun sukar dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan pihak-pihak tertentu.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah YB. DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KDN, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.