Kuala Lumpur, 20 Januari 2013┬áÔÇô Program YB Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Pandan yang diadakan merupakan tindakan susulanKementerian Dalam Negeri┬á(KDN) berhubung pelaksanaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan oleh YAB. DatoÔÇÖ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Disember lalu di Padang Awam BK 5, Bandar Kinrara.
 
Terdahulu satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua Polis Balai Pandan Indah, Inspektor Ahmad Nazri bin Mohd Adnan,  mengenai pelaksanaan dan gerak kerja URB yang merupakan inisiatif terbaru PDRM dalam fasa kedua pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mengurangkan Jenayah yang memberi tumpuan kepada usaha mencegah jenayah di kawasan perumahan, perniagaan, taman rekreasi, perindustrian dan sekolah.
Program ÔÇÿturun padangÔÇÖ oleh YB Menteri Dalam Negeri ini juga membolehkan beliau melihat sendiri kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan agar program ini memberi impak positif dalam usaha memerangi perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan masyarakat yang mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.
YB DatoÔÇÖ Seri Hishammuddin juga mengumumkan satu kajian bebas akan diadakan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai keberkesanan Unit Rondaan Bermotor tersebut.
Program ini turut disertai oleh YBhg. DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha dan timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KDN serta pegawai-pegawai kanan PDRM dan jabatan serta agensi di bawah KDN.
UKOM/JAS/22012013