LAWATAN KERJA T.Y.T KWON JAE-JIN, MENTERI KEADILAN REPUBLIK KOREA KE MALAYSIA
Kuala Lumpur, 17 Januari 2013┬áÔÇô Bertempat di Double Tree by Hilton, YB. DatoÔÇÖ Seri Hishamuddin Tun Hussein,┬á Menteri Dalam Negeri telah menerima kunjungan hormat dari Menteri Keadilan Republik Korea, T.Y.T Kwon Jae-Jin sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia.
Pada sesi kunjungan itu juga, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Korea telah menandatangani Triti Ekstradisi bagi membolehkan kedua-dua negara menghantar pulang penjenayah dikehendaki dan sama-sama memerangi jenayah rentas sempadan yang semakin meningkat. YB. DatoÔÇÖ Seri Hishamuddin Tun Hussein turut menyatakan perjanjian tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah Negara dan membolehkan kedua-dua negara bertukar maklumat risikan. Selain itu, Malaysia dan Korea juga boleh bekerjasama dalam pengendalian isu-isu keselamatan ke arah persekitaran yang lebih baik.
Kunjungan tersebut juga telah dihadiri oleh DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha┬áKementerian Dalam Negeri, Tan Sri Ismail bin Omar, Ketua Polis Negara dan DatoÔÇÖ Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.