Beseri, 8 Januari 2013 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perlis Utara telah menganjurkan program SKUAD 1Malaysia baru-baru ini bertempat di Caring Community House (CCH) Taman Emas. Seramai 300 orang peserta terdiri daripada ahli SKUAD 1Malaysia dan komuniti setempat telah memeriahkan program ini dengan jayanya. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Mat Rawi bin Kassim ADUN Kawasan Beseri bagi merasmikan Program Penutupan Jalinan Mesra SKUAD 1Malaysia.
Program ini dijalankan memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dikalangan ahli SKUAD 1Malaysia dan komuniti setempat. Selain itu ahli SKUAD 1Malaysia dan komuniti setempat akan bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang melaksanakan program dan aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah serta berusaha untuk membantu AADK merealisasikan matlamat Malaysia bebas dadah.