Kota Tinggi, 7 Januari 2013 - Baru-baru ini pihak Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Kota Tinggi menjalankan Program Integrasi Masyarakat di Dalam Komuniti dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kota Tinggi. Program ini adalah anjuran bersaam AADK Daerah Kota Tinggi dan rakan strategik iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi serta PENGASIH Kota Tinggi.
Objektif program ini adalah merapatkan jurang antara masyarakat dengan klien-klien CCRC Kota Tinggi sekaligus menghapuskan tanggapan negatif masyarakat. Pengisian program ini seperti aktiviti gotong-royong dan aktiviti mewarna. Program ini telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.
Program ini telah melibatkan seramai 10 orang klien dengan bantuan 2 orang pegawai dan 2 orang pengawal keselamatan daripada CCRC Kota Tinggi.