PUTRAJAYA , 3 JUN 2013 ÔÇô DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri telah menerima kunjungan hormat Mr.Alain Aeshlimann, Ketua Operasi, Jawatankuasa Persatuan Palang Merah Kebangsaan (ICRC), Asia Timur, Asia Tenggara dan Pacific di pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya.
 
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai YB Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tersebut ialah mengenai kerjasama KDN dengan ICRC untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan tahanan sama ada dalam lokap polis, penjara dan depot tahanan Imigresen di seluruh negara pada masa akan datang. Bagi tujuan berkenaan, ICRC juga dibenarkan mengadakan lawatan ke lokasi tersebut bagi meneliti pelbagai aspek kemanusiaan termasuk kemudahan kesihatan, latihan dan pemilihan golongan terbabit.
=tamat=