17 Julai 2013- Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Turut hadir di majlis itu adalah Ketua Pengarah AADK, Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan AADK yang diadakan Ibu Pejabat AADK.
Pada majlis itu, seramai 82 orang anak-anak yatim Darul Fuqah dan klien AADK yang sedang menjalani proses pemulihan di Klinik Cure & Care Sungai Besi turut diraikan.
YB Datuk Seri Dr. Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada klien AADK dan anak-anak yatim Darul Fuqah selain sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada rumah perlindungan wanita iaitu Teratak Arfidah.
Majlis berbuka puasa ini merupakan program tahunan AADK sebagai usaha untuk merapatkan ukhwah diantara warga AADK, klien serta wakil NGO.YB Datuk Seri Dr. Zahid turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih selepas majlis itu.
 
-tamat-